urustapak.my Log in
Dikemas kini 2 November 2026

Terma & Syarat

Terma ini terpakai kepada semua pengguna urustapak.my: peniaga, penganjur dan pihak berkuasa tempatan. Dengan mendaftar atau membuat tempahan, anda bersetuju dengan terma ini.

1. Tentang UrusTapak

UrusTapak ialah sistem tempahan dan bayaran lot tapak niaga yang dimiliki dan dikendalikan oleh Dexasia Technologies Sdn Bhd (No. Syarikat 1364911-V) ("kami"). Kami menyediakan sistem sahaja. Tapak, lot, tarikh dan sewa ditetapkan oleh penganjur, dan penganjur bertanggungjawab ke atas pengurusan tapak pada hari berniaga.

2. Akaun

  • Anda mesti memberi maklumat yang benar: nama, No. IC, nombor telefon, butiran perniagaan dan dokumen yang diminta.
  • Setiap akaun untuk seorang individu atau satu syarikat sahaja. Jangan kongsi kata laluan atau kod OTP dengan sesiapa.
  • Peniaga disahkan oleh penganjur, dan penganjur disahkan oleh admin UrusTapak, sebelum tempahan atau tapak diterima.
  • Kami boleh menggantung atau menyekat akaun yang memberi maklumat palsu, menyalahgunakan sistem atau melanggar terma ini.

3. Peniaga

  • Lot yang ditempah hanya untuk digunakan oleh peniaga yang membuat tempahan. Lot tidak boleh disewa atau dijual semula kepada orang lain.
  • Peniaga mesti mempunyai lesen, permit dan dokumen yang diperlukan oleh pihak berkuasa tempatan, dan mematuhi peraturan tapak yang ditetapkan oleh penganjur.
  • Tunjukkan QR code tempahan apabila diminta oleh penganjur atau pegawai yang diberi kuasa.
  • Peniaga yang melanggar syarat boleh disenarai hitam dan disekat daripada membuat tempahan di semua tapak dalam sistem.

4. Penganjur

  • Penganjur mesti mempunyai kebenaran untuk menganjurkan tapak, dan maklumat tapak (lokasi, tarikh, layout lot, sewa) mesti tepat.
  • Sewa lot dikutip melalui UrusTapak sahaja. Penganjur tidak boleh meminta bayaran sewa terus daripada peniaga untuk lot yang ditempah melalui sistem.
  • Penganjur bertanggungjawab memaklumkan polisi pembatalan tapaknya (contohnya jika hujan) kepada peniaga sebelum tempahan dibuat.

5. Tempahan

  • Permohonan lot menunggu kelulusan penganjur. Jika tidak diluluskan dalam tempoh yang dipaparkan, permohonan dibatalkan dan lot dilepaskan.
  • Selepas diluluskan, peniaga mesti membayar dalam tempoh yang dipaparkan. Jika tidak, kelulusan dibatalkan dan lot dilepaskan kepada peniaga lain.
  • Lot hanya menjadi milik peniaga untuk tarikh yang ditempah setelah bayaran disahkan. Pas masuk dan resit dikeluarkan selepas bayaran penuh.

6. Bayaran

  • Bayaran dibuat online melalui gerbang pembayaran CHIP atau ToyyibPay (FPX). Bayaran dikutip oleh Dexasia Technologies Sdn Bhd bagi pihak penganjur, dan sewa dipindahkan ke akaun bank penganjur selepas itu.
  • Setiap tempahan dikenakan caj platform RM3.00, dibayar oleh peniaga di atas sewa. Jumlah penuh dipaparkan sebelum anda membayar.
  • Sesetengah tapak membenarkan bayaran deposit. Deposit (berserta caj platform) menahan lot, dan baki sewa mesti dibayar sebelum tarikh akhir baki yang dipaparkan. Pas masuk dan resit hanya dikeluarkan selepas baki dibayar.
  • Sesuatu bayaran hanya dikira berjaya setelah disahkan oleh gerbang pembayaran (CHIP atau ToyyibPay). Jangan bayar kepada mana-mana individu atau QR yang tidak dipaparkan oleh sistem.

7. Polisi bayaran balik

  • Caj platform RM3.00 tidak dikembalikan dalam apa jua keadaan.
  • Baki tidak dibayar sebelum tarikh akhir: tempahan dibatalkan secara automatik dan lot dilepaskan. Deposit dikembalikan ke akaun bank peniaga, tolak caj platform RM3.00.
  • Peniaga membatalkan atau tidak hadir selepas bayaran penuh: tiada bayaran balik, kecuali jika penganjur bersetuju.
  • Tapak atau tarikh dibatalkan oleh penganjur atau pihak berkuasa: sewa bagi tarikh yang dibatalkan dikembalikan kepada peniaga, atau dipindahkan ke tarikh lain jika peniaga bersetuju.
  • Cuaca (contohnya hujan): mengikut polisi pembatalan yang dimaklumkan oleh penganjur tapak tersebut.
  • Bayaran berganda atau tersilap (contohnya lot sudah diambil semasa bayaran dibuat): jumlah penuh dikembalikan selepas disemak.

Bayaran balik dibuat melalui pindahan bank dalam tempoh 14 hari bekerja selepas diluluskan. Untuk memohon, hubungi kami dengan nombor rujukan tempahan anda.

8. Data peribadi

Data peribadi diproses mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. No. IC dan gambar hanya digunakan untuk pengesahan identiti dan penguatkuasaan. Orang awam yang scan QR code hanya melihat maklumat umum tempahan. Anda boleh memohon untuk mengakses atau membetulkan data anda dengan menghubungi kami.

9. Had tanggungjawab

Kami tidak bertanggungjawab ke atas pengurusan tapak, keselamatan, kerugian perniagaan atau pertikaian antara peniaga dan penganjur di tapak. Kami akan membantu dengan rekod tempahan dan bayaran dalam sistem jika berlaku pertikaian.

10. Perubahan terma

Kami boleh mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa. Tarikh kemas kini dipaparkan di bahagian atas halaman ini. Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

11. Hubungi kami

Dexasia Technologies Sdn Bhd (1364911-V)
WhatsApp 010-8356985 · E-mel urustapak@gmail.com